Tuesday, July 14, 2009

Summer BBQ 2009

Penghulu memberi amanat
KMD telah menganjurkan bbq pada 11 Julai yang lepas bertempat di Glen of Isla, kira-kira 45 minit berkereta dari Dundee. Aktiviti ini yang di ketuai oleh Saudara Zahir juga di adakan bersempena aqiqah anak Zahir, baby Imran, jamuan perpisahan kepada Amirin, Aisyah , Kak Maziah dan Irfan yang akan meninggalkan Dundee sebelum Ramadhan ini. Majlis ini juga bersempena menyambut kedatangan Saudara Zulkifli dan famili yang baru tiba di Dundee tiga minggu yang lalu.
Rata-rata warga KMD yang turut serta berpuashati dengan bbq kali ini. Seekor kambing dan beberapa ekor ayam tumbang di bbq-kan. Hidangan sampingan yang disediakan secara potluck juga tidak kurang hebatnya. Antaranya soto, kuah kacang, mee dan bihun goreng, kentang goreng, popia, cucur bawang, sardin puff, nasi minyak, kerabu soh-un dan lain-lain lagi.
Selain daripada acara makan-makan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk mencelup kaki di sungai berhampiran.








Fizi dan Bob bermain di tepian sungai

Ketua penyelaras: Zahiruddin Fitri

Dundee Mosque Open Door 2009

Pada 28 Jun yang lalu, KMD telah turut serta dalam Dundee Mosque Open Door. Penyertaan KMD adalah sebagai wakil Malaysia dan telah berkongsi gerai bersama Indonesia.
Gerai KMD semasa Mosque Open Door

Dundee Mosque Open Door adalah acara tahunan yang di anjurkan oleh Dundee Central Mosque. Acara ini adalah bertujuan memberi penerangan mengenai islam dan aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh central mosque secara khususnya dan masyarakat islam sekitar Dundee secara amnya dalam menegakkan syiar islam di bumi Scotland.
Muslimat KMD melaram, macam hari raya la pulak

Antara aktiviti yang di adakan adalah pameran dari gerai-gerai negara islam. KMD telah mempamerkan pakaian kebangsaan Malaysia, penerangan mengenai pendidikan islam di Malaysia dan juga menyediakan juadah popular negara seperti nasi lemak, satay ayam, kueh ketayap, seri muka, cekodok pisang dan teh tarik. Ternyata hidangan dari gerai KMD mendapat sambutan yang menggalakkan.


Kak Ashi membancuh teh tarik. Farhan dan Bob kena face painting



Ketua Penyelaras Program: Saudara Norazmi bin Mohamed